Skip to main content

PUTUS ASA??? ITU BUKAN JIWA MERDEKA

Universiti merupakan tempat aku membina jati diri, mengenal kerasnya sebuah kehidupan tanpa ilmu dan pengalaman sebagai panduan. UIAM Gombak banyak mendidik aku menjadikan aku sebagai seorang insan. Aku bersyukur Allah tempatkan aku di sini, biah Solehahnya terjaga, ilmu bahasanya yang baik, pensyarahnya yang sangat baik. Aku memilih jurusan bahasa arab, aku menyangka dengan mengambil bahasa arab ini dapat mengelakkan diriku dari terlibat dalam bahasa inggeris, rupanya tidak, memang tiada pilihan buat seorang pelajar UIAM untuk tidak mengambil bahasa Inggeris. Aku pernah terfikir untuk menamatkan pengajianku disebabkan rasa tidak mampu untuk meneruskan pengajian kerana kesukaran dalam menguasai bahasa Inggeris. Mungkin doa ramai orang termasuk ibuku, jadi aku membatalkan niatku untuk menyambung pengajian. 

Semester demi semesti pergi tanpaku sedari, Alhamdulillah, keputusan semakin hari semakin baik, dan ada satu semester aku mendapat 3.5, mendapat anugerah dekan. Di UIA bukan suatu perkara yang mudah untuk mendapat anugerah dekan, memerlukan juhud dan hammasah yang tinggi. Alhamdulillah Aku berjaya menamatkan pengajianku dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dalam 3 tahun setengan. 

Tiada yang mustahil dalam hidup, Allah tidak menzalimi hambanya, kejayaan bergantung kepada tawakkal selepas usaha. Jiwa yang kuat, natijahnya cemerlang, sebalinya, jiwa yang lemah mengundang kegagalan. Jangan menentukan nasib sendiri sebelum berusaha sebaiknya. Biarlah bersengkang mata demi ilmu agar air mata kejayaan menitis di kemudian hari. Jangan Ambil kerja Allah dalam menentukan nasib kita sebelum kita berusaha sebaiknya. Teruskan bersemangat untuk berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

Penginapan Di Pantai Merdeka

Chinta Chalet Pantai Merdeka Untuk lebih detail boleh follow page di laman fb di bawah:https://www.facebook.com/Chinta-Chalet-Pantai-Merdeka-2387597364606327/?ti=as atau call +6019-2400932 Pakej Bilik yg ada di Chinta Chalet Total ada 10 bilik keluasan  bilik(25x17) +Bilik Duluxe (Ada 4 Unit bilik) +Rm180* semalam +1 katil king 1 katil single +Bilik Super Duluxe( Ada 6 Unit bilik) +Rm200* semalam +2 katil king Kemudahan yang ada  _Di Dalam bilik_  *smart tv ( siaran Njoy ) *kettle *peti sejuk mini(bukan sejuk beku) *penyaman udara  *kipas syiling *meja tulis *meja makan (3 kerusi)  _Di Dalam Bilik Air_  *Water-Heater *Sabun Mandi *~Tuala Mandi~ Tidak Disediakan Bilik cantik kebiru-biruan. mengembalikan kenangan malam pertama perkahwinan. Bilik luas dan memang puas hati, kalau keluarga besar boleh bawak toto.  +Kolam mandi +untuk kanak-kanak 3 kaki +Dewasa 4.5 kaki makan aiskri...

Percutian Menarik Negeri Sembilan

Assalamualaikum.... Jom bercuti di  De Valda Chalet terletak di Lot 104B KM10, Jalan Pantai 71050, Si Rusa Port Dickson, Negeri Sembilan.  Mempunyai 3 unit chalet jenis studio reka bentuk unik dari Bali, Indonesia. Rasai kelainannya bila ada berada di sini.  *Kemudahan Chalet 😗 ❤ Bilik Aster ❤ Bilik Daisy ❤ Bilik Oleander * 1 x Katil saiz Queen * 1 x extra folding mattress (single size) * Penghawa Dingin * Bilik air dengan pemanas mandian, * Bar Fridge, Kettle, television with Astro channel, sofa, pengering rambut, seterika,  * Kolam renang. * Outdoor kitchen * Kemudahan untuk ber BBQ * Kain Sejadah untuk solat  * Tuala mandian Penginapan luas dan selesa. harga berpatutan dan sangat berpuas hati. Kolam mandi yang sangat terbaik. boleh tunjuk skill renang kalau pi mandi dekat sini. Suasana malam yang menenangkan jiwa. Tempat percutian yang sangat dicadangkan kepada sesiapa yang berminat dengan suasana hutan yang me...

Dimanakah Allah???

Persoalan ini sering di tanya oleh sesiapa sahaja, berbeza- beza tujuan terhadap soalan yang di tanyakan ini. Ada yang bertanya yang ingin sungguh- sungguh tahu di manakah Allah? seperti anak kecil bertanya kepada ayahnya. Berbeza dengan sesetengah manusia, bertanya di manakah Allah dengan tujuan untuk menjarakkan dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara ummah, ada yang lagi teruk sanggup bergaduh untuk mencari dan menempatkan Allah.  Perkara penting yang perlu kita faham ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang di larang, bukan sibuk mencari Allah di mana.  Jika persoalan di atas timbul, kita boleh jawab seperti jawapan di bawah, usahlah berdebat, terpulang samaada mahu terima atau tidak... Semoga dengan jawapan ini menjernihkan keadaan dan membantu kita untuk terus melaksanakan ibadah kepada Allah