Skip to main content

Posts

Dimanakah Allah???

Persoalan ini sering di tanya oleh sesiapa sahaja, berbeza- beza tujuan terhadap soalan yang di tanyakan ini. Ada yang bertanya yang ingin sungguh- sungguh tahu di manakah Allah? seperti anak kecil bertanya kepada ayahnya. Berbeza dengan sesetengah manusia, bertanya di manakah Allah dengan tujuan untuk menjarakkan dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara ummah, ada yang lagi teruk sanggup bergaduh untuk mencari dan menempatkan Allah.  Perkara penting yang perlu kita faham ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang di larang, bukan sibuk mencari Allah di mana.  Jika persoalan di atas timbul, kita boleh jawab seperti jawapan di bawah, usahlah berdebat, terpulang samaada mahu terima atau tidak... Semoga dengan jawapan ini menjernihkan keadaan dan membantu kita untuk terus melaksanakan ibadah kepada Allah 
Recent posts

PUTUS ASA??? ITU BUKAN JIWA MERDEKA

Universiti merupakan tempat aku membina jati diri, mengenal kerasnya sebuah kehidupan tanpa ilmu dan pengalaman sebagai panduan. UIAM Gombak banyak mendidik aku menjadikan aku sebagai seorang insan. Aku bersyukur Allah tempatkan aku di sini, biah Solehahnya terjaga, ilmu bahasanya yang baik, pensyarahnya yang sangat baik. Aku memilih jurusan bahasa arab, aku menyangka dengan mengambil bahasa arab ini dapat mengelakkan diriku dari terlibat dalam bahasa inggeris, rupanya tidak, memang tiada pilihan buat seorang pelajar UIAM untuk tidak mengambil bahasa Inggeris. Aku pernah terfikir untuk menamatkan pengajianku disebabkan rasa tidak mampu untuk meneruskan pengajian kerana kesukaran dalam menguasai bahasa Inggeris. Mungkin doa ramai orang termasuk ibuku, jadi aku membatalkan niatku untuk menyambung pengajian.  Semester demi semesti pergi tanpaku sedari, Alhamdulillah, keputusan semakin hari semakin baik, dan ada satu semester aku mendapat 3.5, mendapat anugerah dekan. Di UIA bukan suatu pe

KELEBIHAN DAN PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN

KELEBIHAN DAN PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN Muqaddimah Allah berfirman yang ertinya: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan juga kepada orang-orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” . (al-Baqarah: 183) 1. Ahli sejarah Islam, Ibnu Kathir mengatakan bahawa ibadat puasa sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Menurutnya, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun. Itulah yang kemudian dikenal dengan puasa hari-hari putih iaitu pada setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan di mana ia juga sunnah untuk dikerjakan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. 2. Adam berpuasa pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting iaitu baginda dijadikan oleh Allah dan diturunkan ke bumi olehNya dan diterima taubatnya pada hari Jumaat. Dalam hadith disebutkan: ''Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumaat, diturunkannya ke bumi pada hari Jumaat, baginda bertaubat kepada Allah atas kesalahannya memakan buah larangan pada h

Port Dickson : Pantai Cantik menenangkan

Pada Cuti Hari Raya Cina 2022, saya dan keluarga berkesempatan bercuti di Grand Beach Resort, PD. Isteri berkursus, jadi aku dan anak-anak join sekali. Gambaran awal aku terhadap Pantai di PD nie kurang memuaskan di tambah dengan orang yang terlalu ramai, tetapi gambaran tersebut aku silap, Pantai di Hotel yang aku duduk tersebut sangat cantik serta airnya yang sangat jernih. Kami tinggal di Hotel tersebut 3 hari 2 malam. Hotel tu hotel lama, nak kata cantik tu tak la cantik sangat tapi ok la... ada di kalangan peserta kursus di ganggu, mungkin sebab lama hotel tersebut tidak berfungsi disebabkan PKP. Bilik yang aku duduk tu alhamdulillah ok, anak-anak paling happy boleh lonjat2 atas tilam.  Ini Hotel yang kami duduk, depan hotel ada kolam, berdekatan dengan kolam ada Pantai yang cantik. Bila isteri kursus aku ngn anak-anak pi mandi Pantai dulu, lepas tue baru mandi kolam. Alhamdulillah, waktu kami di hotel tersebut orang tidak berapa ramai lagi sebab masih di awal percutia

Penginapan Di Pantai Merdeka

Chinta Chalet Pantai Merdeka Untuk lebih detail boleh follow page di laman fb di bawah:https://www.facebook.com/Chinta-Chalet-Pantai-Merdeka-2387597364606327/?ti=as atau call +6019-2400932 Pakej Bilik yg ada di Chinta Chalet Total ada 10 bilik keluasan  bilik(25x17) +Bilik Duluxe (Ada 4 Unit bilik) +Rm180* semalam +1 katil king 1 katil single +Bilik Super Duluxe( Ada 6 Unit bilik) +Rm200* semalam +2 katil king Kemudahan yang ada  _Di Dalam bilik_  *smart tv ( siaran Njoy ) *kettle *peti sejuk mini(bukan sejuk beku) *penyaman udara  *kipas syiling *meja tulis *meja makan (3 kerusi)  _Di Dalam Bilik Air_  *Water-Heater *Sabun Mandi *~Tuala Mandi~ Tidak Disediakan Bilik cantik kebiru-biruan. mengembalikan kenangan malam pertama perkahwinan. Bilik luas dan memang puas hati, kalau keluarga besar boleh bawak toto.  +Kolam mandi +untuk kanak-kanak 3 kaki +Dewasa 4.5 kaki makan aiskrim dulu ya. sedapnya firdaus makan.

Percutian Menarik Negeri Sembilan

Assalamualaikum.... Jom bercuti di  De Valda Chalet terletak di Lot 104B KM10, Jalan Pantai 71050, Si Rusa Port Dickson, Negeri Sembilan.  Mempunyai 3 unit chalet jenis studio reka bentuk unik dari Bali, Indonesia. Rasai kelainannya bila ada berada di sini.  *Kemudahan Chalet 😗 ❤ Bilik Aster ❤ Bilik Daisy ❤ Bilik Oleander * 1 x Katil saiz Queen * 1 x extra folding mattress (single size) * Penghawa Dingin * Bilik air dengan pemanas mandian, * Bar Fridge, Kettle, television with Astro channel, sofa, pengering rambut, seterika,  * Kolam renang. * Outdoor kitchen * Kemudahan untuk ber BBQ * Kain Sejadah untuk solat  * Tuala mandian Penginapan luas dan selesa. harga berpatutan dan sangat berpuas hati. Kolam mandi yang sangat terbaik. boleh tunjuk skill renang kalau pi mandi dekat sini. Suasana malam yang menenangkan jiwa. Tempat percutian yang sangat dicadangkan kepada sesiapa yang berminat dengan suasana hutan yang memberikan ketenangan jiwa

Tempat Menarik Pulau Pinang : Pulau Jerejak

Pulau Jerejak Penang 📍 Location: Pulau Jerejak, Penang 📍 Masa: 6.30 pagi - 12.00 malam 📍 Harga tiket online: RM20 per person (pergi dan balik) http://jerejak.trip4asia.com First waze Jeti Pulau Jerejak. Jeti ni berdekatan Queensbay Mall. Tiket bot boleh beli online RM20 ataupun walk-in counter RM22. Perjalanan bot dari jeti ke pulau ni lebih kurang 10 minit.