Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011
Al IMAM AL BANNA....Memperingati Hari Kesyahidannya Hari Rabu yang lalu 12 Feb 1997 merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna (1906 - 1949) rahimahullahutaala yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam , yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam , ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu. Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah seperti berikut: 1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-ban

Mengembalikan Izzah islam

Mengembalikan Izzah Islam Dan Melindungi Martabat Umat* oleh Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI ** Tema kongres ini begitu besar dan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Apalagi mengingat bahawa masalah umat yang kita hadapi hari ini bukanlah sesuatu yang dapat diselesaikan dengan slogan dan retorik semata-mata. Selain itu kita juga perlu memastikan apakah sebenar punca kepada masalah-masalah yang dihadapi itu. Kita harus sedar bahawa sekalipun kita mungkin dapat mengenalpasti punca masalah-masalah itu kita tidak mempunyai wewenang atau autoriti untuk menangani masalah-masalah yang ada. Apa pun sekurang-kurangnya biarlah sejarah negara ini satu hari nanti menyedari bahawa pada penghujung 1427/2006 ini sekumpulan pemikir dan penggerak umat di Malaysia telah duduk berbincang dan menyatakan rasa prihatin mereka terhadap kedudukan dan masalah umat ini. Mungkin kenyataan yang paling menggemparkan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah masalah murtad yang kel