Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Dimanakah Allah???

Persoalan ini sering di tanya oleh sesiapa sahaja, berbeza- beza tujuan terhadap soalan yang di tanyakan ini. Ada yang bertanya yang ingin sungguh- sungguh tahu di manakah Allah? seperti anak kecil bertanya kepada ayahnya. Berbeza dengan sesetengah manusia, bertanya di manakah Allah dengan tujuan untuk menjarakkan dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara ummah, ada yang lagi teruk sanggup bergaduh untuk mencari dan menempatkan Allah.  Perkara penting yang perlu kita faham ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang di larang, bukan sibuk mencari Allah di mana.  Jika persoalan di atas timbul, kita boleh jawab seperti jawapan di bawah, usahlah berdebat, terpulang samaada mahu terima atau tidak... Semoga dengan jawapan ini menjernihkan keadaan dan membantu kita untuk terus melaksanakan ibadah kepada Allah 

PUTUS ASA??? ITU BUKAN JIWA MERDEKA

Universiti merupakan tempat aku membina jati diri, mengenal kerasnya sebuah kehidupan tanpa ilmu dan pengalaman sebagai panduan. UIAM Gombak banyak mendidik aku menjadikan aku sebagai seorang insan. Aku bersyukur Allah tempatkan aku di sini, biah Solehahnya terjaga, ilmu bahasanya yang baik, pensyarahnya yang sangat baik. Aku memilih jurusan bahasa arab, aku menyangka dengan mengambil bahasa arab ini dapat mengelakkan diriku dari terlibat dalam bahasa inggeris, rupanya tidak, memang tiada pilihan buat seorang pelajar UIAM untuk tidak mengambil bahasa Inggeris. Aku pernah terfikir untuk menamatkan pengajianku disebabkan rasa tidak mampu untuk meneruskan pengajian kerana kesukaran dalam menguasai bahasa Inggeris. Mungkin doa ramai orang termasuk ibuku, jadi aku membatalkan niatku untuk menyambung pengajian.  Semester demi semesti pergi tanpaku sedari, Alhamdulillah, keputusan semakin hari semakin baik, dan ada satu semester aku mendapat 3.5, mendapat anugerah dekan. Di UIA bukan suatu pe