Pada Cuti Hari Raya Cina 2022, saya dan keluarga berkesempatan bercuti di Grand Beach Resort, PD. Isteri berkursus, jadi aku dan anak-anak join sekali. Gambaran awal aku terhadap Pantai di PD nie kurang memuaskan di tambah dengan orang yang terlalu ramai, tetapi gambaran tersebut aku silap, Pantai di Hotel yang aku duduk tersebut sangat cantik serta airnya yang sangat jernih.
Kami tinggal di Hotel tersebut 3 hari 2 malam. Hotel tu hotel lama, nak kata cantik tu tak la cantik sangat tapi ok la... ada di kalangan peserta kursus di ganggu, mungkin sebab lama hotel tersebut tidak berfungsi disebabkan PKP. Bilik yang aku duduk tu alhamdulillah ok, anak-anak paling happy boleh lonjat2 atas tilam.
Ini Hotel yang kami duduk, depan hotel ada kolam, berdekatan dengan kolam ada Pantai yang cantik. Bila isteri kursus aku ngn anak-anak pi mandi Pantai dulu, lepas tue baru mandi kolam. Alhamdulillah, waktu kami di hotel tersebut orang tidak berapa ramai lagi sebab masih di awal percutian tahun baru cina lagipun pantai hotel ini jadi private milik hotel, sebab tu orang tak ramai.
Anak-anak main pasir sampai puas, ajak naik pun tak mau... puas pujuk. Pasir di sini sesuai untuk kanak-kanak main, air pantai pun sangat cantik terutama pada waktu pagi. Dalam hati tidak putus-putus memuji sang Pencipta kerana kehebatan Allah mencipta Laut yang hebat, kerdil sungguh diri ini. Melihat makhluk ciptaan Allah yang hebat ini boleh menghakis sifat sombang yang bersarang dalam diri kita.
Selepas selesai makan petang, Aku cepat-capat ajak Isteri dan anak-anak untuk melihat matahari terbenam. Masyaallah... Kagum melihat kataatan matahari kepada sang pencipta tanpa mengingkari sedikitpun arahan Tuhannya, kita Manusia perlu bermuhasabah sejauh mana kita meletakkan keutamaan kita kepada Allah dalam hal Ibadah.
Sebelum balik anak-anak menghabiskan masa untuk melihat kura-kura. Kalau aku dulu masa kecil selalu jumpa Kura-kura tapi sekarang memang susah nak jumpa.
Tanpa sedar 3 hari 2 malam telah berakhir, kemas barang dan terus pulang ke Kedah untuk menghabiskan cuti. Allah memberikan ruang masa dan kesempatan agar kita sentiasa meletakkan Akhirat sebagai matlamat utama, jangan kita lalai dengan keindahan dunia yang sementara ini.
Ya Allah... berilah kekuatan kepada kami ummat Muhammad ini untuk terus istiqamah melaksanakan Ibadah di zaman yang penuh mencabar ini.
Comments
Post a Comment