KELEBIHAN DAN
PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN
Muqaddimah
Allah berfirman yang ertinya:
“Diwajibkan ke
atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan juga kepada orang-orang yang
sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”.
(al-Baqarah: 183)
1. Ahli sejarah Islam, Ibnu Kathir
mengatakan bahawa ibadat puasa sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s dan Hawa
a.s. Menurutnya, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun. Itulah yang kemudian dikenal dengan puasa
hari-hari putih iaitu pada setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan di mana ia
juga sunnah untuk dikerjakan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w.
2. Adam berpuasa pada hari Jumaat
untuk mengenang peristiwa penting iaitu baginda dijadikan oleh Allah dan
diturunkan ke bumi olehNya dan diterima taubatnya pada hari Jumaat. Dalam
hadith disebutkan: ''Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumaat,
diturunkannya ke bumi pada hari Jumaat, baginda bertaubat kepada Allah atas
kesalahannya memakan buah larangan pada hari Jumaat dan baginda wafat pun pada
hari Jumaat.'' (Riwayat Bukhari).
3. Diriwayatkan bahawa Nabi Nuh a.s
juga berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun, seperti puasanya
Nabi Adam.
4. Nabi Dawud a.s juga melaksanakan
puasa, bahkan baginda berpuasa dalam waktu yang cukup lama iaitu setengah
tahun, di mana baginda berpuasa satu hari dan berbuka satu hari sepanjang
tahun.
5. Imam Al-Qurthubi dalam
kitabnya al-Jami’ li Ahkamil Qur’an (2/274) menyebutkan bahawa
Allah telah mewajibkan ibadat puasa kepada bangsa Yahudi (umat Nabi Musa a.s)
selama 40 hari, kemudian kepada umat Nabi Isa a.s selama 50 hari. Tetapi
kemudian mereka merubah waktunya sesuai nafsu mereka iaitu jika bertepatan
dengan musim panas mereka menundanya hingga datang musim bunga. Hal itu mereka
lakukan demi mencari kemudahan dalam beribadat. Hal itu jelas bercanggah dengan
ajaran asal agama mereka.
Kelebihan dan
Keistimewaan Bulan Ramadan
· Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)
· Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
1.
Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)
2.
Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Sabda
Rasulullah SAW: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu
kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat.
Allah Ta'ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung
membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.”
Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka
puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang
berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)
3.
Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
4.
Syahrus Siyam
5. Syahrul Qiyam
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun 'Alaih).
6. Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
Sabda Rasulullah SAW: "Puasa itu setengah kesabaran.
Kesabaran itu setengah dari iman." (HR Tirmidzi, Abu Na'im, dan Abu
Mas'ud)
7. Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
“Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR Bukhari dan Muslim)
8. Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin)
Persediaan
Menyambut Ramadan
1.
Perbetulkan niat.
Daripada
Umar al-Khattab r.a.:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ
امْرِىءٍ مَا نَوَى
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap
orang mengikut yang dia niat.
[HR Bukhari]
• Jika hati dan niat kita telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah
SWT, maka amal perbuatan kita selepas itu akan menjurus kepadanya juga.
• Persiapkan niat kita untuk menghadapi Ramadan ini hanya kerana Allah SWT
2. Latih diri berpuasa.
•
Sebaiknya kita melatih diri untuk berpuasa sunat pada bulan sebelumnya; seperti
puasa Isnin dan Khamis.
•
Menurut sirah, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat
puasa.
Hal
itu diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:
كَانَ رَسُولَ اللهِ يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ
يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ
اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ
أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ
Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami
mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda
terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung.
Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa
Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar
Ramadan) melebihi Syaaban.”
[HR Muslim]
3. Pelajari hukum hakam puasa.
•
Dalami ilmu agama yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan
fadhilatnya. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada
mereka yang lebih arif.
• Tujuannya adalah agar apa yang akan diamalkan
dalam ibadah puasa lebih bermakna dan bulan Ramadan lebih dihayati.
Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menyebutkan:
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah SWT
tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan
kebaikan.”
4.
Menyelesaikan qada puasa.
•
Ramai para sahabat Nabi Muhammad SAW di kalangan wanita mengganti puasa-puasa
mereka yang tidak sempat terlaksanakan sebelum tibanya bulan Ramadan.
Daripada
Saidatina Aisyah r.a. mengatakan:
كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ
وَلاَ نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Kami dulu mengalami haid. Kami diperintahkan untuk mengqada
(mengganti) puasa dan kami tidak diperintahkan untuk mengqada solat.”
[HR Muslim]
5.
Lazimi qiamullail.
•
Mujahadah untuk bangun malam sebelum tibanya Ramadan (beberapa kali seminggu).
•
Hal ini bagi mengelakkan kita daripada liat untuk bangun malam di bulan Ramadan
serta memudahkan kita untuk bangun bersahur.
Dr. Sayyid al-Affani berkata:
“Kita
mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadan dengan taubat nasuha
kepada Allah SWT dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan,
memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan
bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran,
berzikir dan semua jenis ibadat.”
6.
Memperbanyakkan doa.
•
Berdoa supaya Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
• Memohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa sihat sepanjang Ramadan.
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ،
وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan
sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
[HR Ahmad]
7.
Membaca al- Quran & zikir.
Daripada
Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda :
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ
الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ
وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا
فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا
سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ
تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Maksudnya : “Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah
dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan
atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang
mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya
membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak
akan mampu menandinginya.”
[HR Muslim]
•
Mulakan membaca Al-Quran dan lazimi zikir supaya ia menjadi satu kebiasaan.
• Memperkemaskan bacaan Al-Quran dengan pelajari ilmu tajwid.
• Bila Ramadan tiba, amalan ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan
seperti membaca terjemahan dan mentadabbur ayat-ayatnya.
8.
Merancang target Ramadan.
•
Target untuk khatam al-quran (rancang berapa helai atau juzuk yang akan dibaca
dalam sehari supaya dapat khatam sebelum Ramadan berakhir).
• Target untuk bersedekah.
• Target untuk solat sunat (solat sunat rawatib, dhuha, tarawih, tahajud,
taubat, hajat, dan lain2).
Daripada
Hasan al-Basri:
فَالْعَجَبُ مِنَ اللَّاعِبِ الضَّاحِكِ، فِي اليَوْمِ
الَّذِي يَفُوْزُ فِيْهِ الْمُحْسِنُوْنَ
Maksudnya: “Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak
ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu
sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan).
[Ibn Rajab, Bughya al-Insan]
Comments
Post a Comment