Mengembalikan Izzah Islam Dan Melindungi Martabat Umat* oleh Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI ** Tema kongres ini begitu besar dan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Apalagi mengingat bahawa masalah umat yang kita hadapi hari ini bukanlah sesuatu yang dapat diselesaikan dengan slogan dan retorik semata-mata. Selain itu kita juga perlu memastikan apakah sebenar punca kepada masalah-masalah yang dihadapi itu. Kita harus sedar bahawa sekalipun kita mungkin dapat mengenalpasti punca masalah-masalah itu kita tidak mempunyai wewenang atau autoriti untuk menangani masalah-masalah yang ada. Apa pun sekurang-kurangnya biarlah sejarah negara ini satu hari nanti menyedari bahawa pada penghujung 1427/2006 ini sekumpulan pemikir dan penggerak umat di Malaysia telah duduk berbincang dan menyatakan rasa prihatin mereka terhadap kedudukan dan masalah umat ini. Mungkin kenyataan yang paling menggemparkan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah masalah murtad yang kel...