Skip to main content

HARI RAYA KORBAN 2018

Tahun nie hari raya korban jatuh pada hari rabu, jadi kami sekeluarga buat keputusan untuk melaksanakan ibadah korban, alhamdulillah cuku 7 bahagian, abg pi cari lembu dapat lembu comel dan cantik warna putih

Hujan punyalah lebat sampai habis lembu putih comel berubah warna, harga lembu nie RM4200, nampak kecil tapi dagingnya boleh tahan banyak. Muhammad pun ambil peluang bergembira tengok lembu

Orang kampung bertungkus lumus menyiapkan menu untuk kenduri:

1. Nasi Putih

2. Sup daging + Air Asam

3. Gulai kundoq

Semua lauk sedap belaka... alhamdulillah, dapat buat korban, bagi orang makan, dan tahlil untuk ayah. semoga Allah memberi peluang lagi melaksanakan ibadah korban pada tahun hadapan. 

Comments

Popular posts from this blog

Dimanakah Allah???

Persoalan ini sering di tanya oleh sesiapa sahaja, berbeza- beza tujuan terhadap soalan yang di tanyakan ini. Ada yang bertanya yang ingin sungguh- sungguh tahu di manakah Allah? seperti anak kecil bertanya kepada ayahnya. Berbeza dengan sesetengah manusia, bertanya di manakah Allah dengan tujuan untuk menjarakkan dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara ummah, ada yang lagi teruk sanggup bergaduh untuk mencari dan menempatkan Allah.  Perkara penting yang perlu kita faham ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang di larang, bukan sibuk mencari Allah di mana.  Jika persoalan di atas timbul, kita boleh jawab seperti jawapan di bawah, usahlah berdebat, terpulang samaada mahu terima atau tidak... Semoga dengan jawapan ini menjernihkan keadaan dan membantu kita untuk terus melaksanakan ibadah kepada Allah 
Inilah rakan-rakan yang selalu membantuku apabila aku menghadapi masalah masa di sekolah dulu.Bila kita boleh bertemu macam dulu dan bergurau senda bersama. Apa yang hendak sampaikan pada coretan kali ini adalah kita adalah hamba Allah yang tidak boleh hidup tanpa kawan. Apabila kita bersama dengan kawan-kawan ini akan membina satu pautan hati yang amat kuat sehingga bom nuklear tidak dapat membinasakan pautan hati tersebut, sebagai contoh mudah yang kita dapat lihat gerakan HAMAS di Palestin. Hati mereka disatukan untuk menjahanamkan israil laknatullah. Jika pautan hati tidak kuat bagaimana mereka boleh menyusun gerakan mereka. Jika kita rasa tidak bersemangat, mereka akan akan membantu kita. Jadi marilah kita sama-sama bina kesatuan atau pautan hati di kalangan umat islam... Apabila hati telah disatukan maka mudahlah untuk menjalankan proses teguran dikalangan umat islam.

berusrah bersama adik2 PJ

Sesetengah orang merasakan usrah adalah suatu yang menjemukan, sesuatu yang hanya membuang masa.. tetapi bagi sesetengah yang lain berbeza pandangannya. Jiwa yang kosong menyebabkan remaja atau pemuda tiada tentatif hidup yanAg sempurna. ini yang menyebabkan banyak remaja yg terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Usrah merupakan pengisian yang paling sesuai untuk mengisi masa lapang kita dalam masa yang sama usrah juga merupakan pengisian rohani untuk diri kita... A ntara kebaikan usrah antaranya ia merupakan medium untuk muhasabah diri dan masa yang sama kita juga dapat menegur sahabat2 yang melakukan kesalahan, sebagai contoh solat. jika kita dapati ada diantara sahabat kita yang meninggalkan solat kita boleh menegur didalam usrah. Usrah bersama adik2 di PJ sangat best dan mereka merupakan penerus untuk pemerkasaan usrah pada masa akan datang.. Kepada sesiapa yang sedang mengikuti usrah janganlah merasa jemu kerana ini merupakan...