Skip to main content
Selamat menyambut bulan ramadhan yg dinantikan oleh seluruh umat islam. bulan ini merupakan satu bulan yg sangat mulia kerana Allah menguniakan ganjaran pahala yg melimpah ruah kepada seluruh umat islam.
Bulan ramadhan merupakan bulan ibadah, rahmat, mujahadah, magfirah, al-quran dan lailatulqadar. besarkan ramadhan dengan puasa diwaktu malamnya tambahkan ibadah untuk memastikan diri kita bebas dari api neraka jahannam yg rindu kepada orang yang tidak mentaati perintah Allah.
Kpda saudara/saudari yg suka menyuarakan pandangan yg boleh memecah-belah perpaduan umat islam, pada bulan ini kita bersatu dan elakkkan permusuhan antara kita kerana kita mempunyai matlamat yg lebih penting utk agama kita iaitu islam. Golongan kafir sangat gembira bila lihat umat islam yg sentiasa bergaduh sesama kita. Kenapa mereka gembira?? kerana mereka dapat menyebarkan ajaran dan merosakkan fikiran umat islam kita dengan media yg mereka miliki.
Kalau masalah khilaf ini kita terlalu extreme jangan mimpi la umat islam dapat bersatu dibawah satu payung iaitu negara islam. Ramai orang suka membicarakan masalah ini, tapi berapa ramai yg memikirkan masalah umat islam tukar agama ke kristian. Titiskan air mata untuk memikirkan masalah umat islam lebih baik kita titiskan utk kerana kalah dalam perdebatan dengan alasan nk mencari kebenaran....

Comments

Popular posts from this blog

Dimanakah Allah???

Persoalan ini sering di tanya oleh sesiapa sahaja, berbeza- beza tujuan terhadap soalan yang di tanyakan ini. Ada yang bertanya yang ingin sungguh- sungguh tahu di manakah Allah? seperti anak kecil bertanya kepada ayahnya. Berbeza dengan sesetengah manusia, bertanya di manakah Allah dengan tujuan untuk menjarakkan dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara ummah, ada yang lagi teruk sanggup bergaduh untuk mencari dan menempatkan Allah.  Perkara penting yang perlu kita faham ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang di larang, bukan sibuk mencari Allah di mana.  Jika persoalan di atas timbul, kita boleh jawab seperti jawapan di bawah, usahlah berdebat, terpulang samaada mahu terima atau tidak... Semoga dengan jawapan ini menjernihkan keadaan dan membantu kita untuk terus melaksanakan ibadah kepada Allah 

Port Dickson : Pantai Cantik menenangkan

Pada Cuti Hari Raya Cina 2022, saya dan keluarga berkesempatan bercuti di Grand Beach Resort, PD. Isteri berkursus, jadi aku dan anak-anak join sekali. Gambaran awal aku terhadap Pantai di PD nie kurang memuaskan di tambah dengan orang yang terlalu ramai, tetapi gambaran tersebut aku silap, Pantai di Hotel yang aku duduk tersebut sangat cantik serta airnya yang sangat jernih. Kami tinggal di Hotel tersebut 3 hari 2 malam. Hotel tu hotel lama, nak kata cantik tu tak la cantik sangat tapi ok la... ada di kalangan peserta kursus di ganggu, mungkin sebab lama hotel tersebut tidak berfungsi disebabkan PKP. Bilik yang aku duduk tu alhamdulillah ok, anak-anak paling happy boleh lonjat2 atas tilam.  Ini Hotel yang kami duduk, depan hotel ada kolam, berdekatan dengan kolam ada Pantai yang cantik. Bila isteri kursus aku ngn anak-anak pi mandi Pantai dulu, lepas tue baru mandi kolam. Alhamdulillah, waktu kami di hotel tersebut orang tidak berapa ramai lagi sebab masih di awal perc...

Percutian Menarik Negeri Sembilan

Assalamualaikum.... Jom bercuti di  De Valda Chalet terletak di Lot 104B KM10, Jalan Pantai 71050, Si Rusa Port Dickson, Negeri Sembilan.  Mempunyai 3 unit chalet jenis studio reka bentuk unik dari Bali, Indonesia. Rasai kelainannya bila ada berada di sini.  *Kemudahan Chalet 😗 ❤ Bilik Aster ❤ Bilik Daisy ❤ Bilik Oleander * 1 x Katil saiz Queen * 1 x extra folding mattress (single size) * Penghawa Dingin * Bilik air dengan pemanas mandian, * Bar Fridge, Kettle, television with Astro channel, sofa, pengering rambut, seterika,  * Kolam renang. * Outdoor kitchen * Kemudahan untuk ber BBQ * Kain Sejadah untuk solat  * Tuala mandian Penginapan luas dan selesa. harga berpatutan dan sangat berpuas hati. Kolam mandi yang sangat terbaik. boleh tunjuk skill renang kalau pi mandi dekat sini. Suasana malam yang menenangkan jiwa. Tempat percutian yang sangat dicadangkan kepada sesiapa yang berminat dengan suasana hutan yang me...