Skip to main content
10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Comments

Popular posts from this blog

Dimanakah Allah???

Persoalan ini sering di tanya oleh sesiapa sahaja, berbeza- beza tujuan terhadap soalan yang di tanyakan ini. Ada yang bertanya yang ingin sungguh- sungguh tahu di manakah Allah? seperti anak kecil bertanya kepada ayahnya. Berbeza dengan sesetengah manusia, bertanya di manakah Allah dengan tujuan untuk menjarakkan dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara ummah, ada yang lagi teruk sanggup bergaduh untuk mencari dan menempatkan Allah.  Perkara penting yang perlu kita faham ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang di larang, bukan sibuk mencari Allah di mana.  Jika persoalan di atas timbul, kita boleh jawab seperti jawapan di bawah, usahlah berdebat, terpulang samaada mahu terima atau tidak... Semoga dengan jawapan ini menjernihkan keadaan dan membantu kita untuk terus melaksanakan ibadah kepada Allah 
Inilah rakan-rakan yang selalu membantuku apabila aku menghadapi masalah masa di sekolah dulu.Bila kita boleh bertemu macam dulu dan bergurau senda bersama. Apa yang hendak sampaikan pada coretan kali ini adalah kita adalah hamba Allah yang tidak boleh hidup tanpa kawan. Apabila kita bersama dengan kawan-kawan ini akan membina satu pautan hati yang amat kuat sehingga bom nuklear tidak dapat membinasakan pautan hati tersebut, sebagai contoh mudah yang kita dapat lihat gerakan HAMAS di Palestin. Hati mereka disatukan untuk menjahanamkan israil laknatullah. Jika pautan hati tidak kuat bagaimana mereka boleh menyusun gerakan mereka. Jika kita rasa tidak bersemangat, mereka akan akan membantu kita. Jadi marilah kita sama-sama bina kesatuan atau pautan hati di kalangan umat islam... Apabila hati telah disatukan maka mudahlah untuk menjalankan proses teguran dikalangan umat islam.

Port Dickson : Pantai Cantik menenangkan

Pada Cuti Hari Raya Cina 2022, saya dan keluarga berkesempatan bercuti di Grand Beach Resort, PD. Isteri berkursus, jadi aku dan anak-anak join sekali. Gambaran awal aku terhadap Pantai di PD nie kurang memuaskan di tambah dengan orang yang terlalu ramai, tetapi gambaran tersebut aku silap, Pantai di Hotel yang aku duduk tersebut sangat cantik serta airnya yang sangat jernih. Kami tinggal di Hotel tersebut 3 hari 2 malam. Hotel tu hotel lama, nak kata cantik tu tak la cantik sangat tapi ok la... ada di kalangan peserta kursus di ganggu, mungkin sebab lama hotel tersebut tidak berfungsi disebabkan PKP. Bilik yang aku duduk tu alhamdulillah ok, anak-anak paling happy boleh lonjat2 atas tilam.  Ini Hotel yang kami duduk, depan hotel ada kolam, berdekatan dengan kolam ada Pantai yang cantik. Bila isteri kursus aku ngn anak-anak pi mandi Pantai dulu, lepas tue baru mandi kolam. Alhamdulillah, waktu kami di hotel tersebut orang tidak berapa ramai lagi sebab masih di awal perc...